Seminar Aktifkan BIG-i

MENYERTAI SEMINAR BIG-i

BEZANYA SEMINAR
AKTIFKAN BIG-i

Beza yang paling nyata adalah pada IMPAK. Keseluruhan seminar AKTIFKAN BIG-i ini dihalakan hanya pada impak — apa yang akan peserta peroleh selepas selesai seminar ini. Itu keutamaan dan perbezaan paling nyata. 

Jadi, tidak ada merapu, tidak ada lawak-lawak kerana ia adalah seminar yang serius. Kita datang ke seminar serius ini bukan untuk suka-suka dan memenuhi masa lapang, sebaliknya untuk mendapatkan ilmu dan fakta tentang BIG-i  — cara mengenali dan mengaktifkannya, kemudian menggunakannya untuk memperoleh material idaman, selepas selesai seminar.

DILENGKAPI DENGAN PRAKTIKAL

Selain fakta yang tepat, SEMINAR AKTIFKAN BIG-i dilengkapi dengan praktikal. Pada bahagian kedua seminar ini, akan diadakan praktikal pada apa yang telah dipelajari pada bahagian pertama

  1. Bahagian pertama: Mengenali dan cara mengaktifkan BIG-i.
  2. Bahagian kedua: Praktikal bagaimana menggunakan BIG-i untuk memperoleh material yang menjadi idaman dengan tepat dan pantas. 

Oleh sebab dilengkapi dengan praktikal, maka seminggu sebelum seminar diadakan, peserta dikehendaki membawa gambar-gambar posing bersama dengan material idaman. Contohnya, bergambar dengan Lamborghini, jika kereta itu material idaman selama ini. Atau keratan majalah gambar rumah idaman. 

Syarat ini mesti dipenuhi sebelum melangkah masuk ke dewan seminar. Atau tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan dan boleh menuntut pengembalian yuran. Ia mestilah dalam bentuk cetakan, bukan digital, misalnya dalam handphone. 

Begitulah seriusnya, supaya Seminar AKTIFKAN BIG-i benar-benar memberi IMPAK BESAR pada pesertanya.   

  • Keutamaan adalah IMPAK. Seluruh seminar dihalakan kepada IMPAK.
  • Dikendalikan oleh jurulatih pilihan yang terlatih. Bukan penceramah tetapi Jurulatih.
  • Dilengkapi dengan praktikal bagaimana menggunakan BIG-i dengan tepat.
  • Setiap peserta dibekalkan dengan kelengkapan seminar. Di gunakan dan dibawa pulang untuk rujukan.