Mengenali BIG-i

MENGENALI BIG-i

CARA SEBENAR MENGAKTIFKAN BIG-i

Untuk mengenali apa itu BIG-i, sebelum mengaktifkannya, adalah dengan mengetahui satu kisah yang dikatakan benar, dan mungkin sekali pernah kita mengalami.

Kisahnya: pada suatu hari seseorang sedang mengemas buku-buku lama. Seperti biasa, semasa mengemas itu, kebiasaannya akan membelek-belek buku-buku lama yang sedang dikemas. Dibukanya buku conteng, sambil tersenyum. Tiba-tiba senyumannya berubah. Wajahnya menjadi sangat serius dengan rasa pelik dan seperti tidak percaya.

Berulang-ulang kali dia membaca semula apa yang pernah diconteng-conteng di dalam buku catatan yang telah dilupakan itu. Airmatanya menitis kerana material yang pernah dicatat secara suka-suka itu semuanya telah berada dalam genggamannya, walaupun tidak 100 peratus tepat.

Rumah, kereta, kebun, pendapatan, simpanan yang dicatat dalam buku conteng itu, kesemuanya telah dimiliki, walaupun tidak 100 peratus sama.

Itulah sebenarnya BIG-i. ‘Saya yang Besar’ digunakan untuk memperoleh material yang menjadi idaman. Kisah itu mengenai penggunaan secara tak sengaja. Bagaimana agaknya kalau secara sengaja? Mengaktifkan dengan cara yang tepat. Sudah tentu IMPAK nya lebih besar, lebih tepat, lebih pantas.

PELBAGAI ISTILAH KURANG TEPAT

Ada pelbagai istilah untuk BIG-i (Saya yang Besar) ini. Dan ada pelbagai teknik yang digunakan di luar sana. Sebahagiannya kurang tepat dan melencong jauh. BIG-i dikatakan istilah paling tepat kerana sememangnya mental dan fizikal manusia ini adalah sebaik-baik kejadian Allah swt. 

Di luar sana kebanyakannya hanya berkisar pada minda sahaja. BIG-i, lebih dari itu. Banyak lagi perkara lain yang berkaitan apabila mengaktifkan dan menggunakan BIG-i untuk mencapai material idaman.   

Soalannya — SAYA YANG BESAR ini untuk apa jikalau tidak digunakan untuk mencari kesenangan dan mencapai idaman.   

BIG-i BOLEH MEMBAWA KEBURUKAN

Bahkan boleh merosakkan kehidupan jikalau cara penggunaannya tidak tepat, tidak mengikut aturan.

Kerana itu, didatangkan SEMINAR AKTIFKAN BIG-i, bagi mengenali dan melaksanakan penggunaan BIG-i mengikut aturan dan cara yang betul. Sudah tentu juga ia digunakan ke arah kebaikan sahaja, demi untuk mencapai material yang diidamkan selama ini.

  • Walaupun sangat besar potensinya, ia tidak berguna langsung jikalau tidak diaktifkan.
  • Dalam Seminar 'Aktifkan BIG-i' akan diterangkan dengan tepat apa itu BIG-i dan potensinya.
  • Dalam Seminar juga diberitahu cara tepat cara mengaktifkan BIG-i.
  • Disusuli dengan praktikal bagaimana cara sebenar memperoleh IMPAK dari BIG-i.